ANTARA MEKAH DAN HAJAR, atau ANTARA MEKAH DAN BUSRA.

SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR !!


Rupanya 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad ? pernah bersabda :


"Jarak antara dua pintu syurga adalah sebesar ANTARA MEKAH DAN HAJAR, atau ANTARA MEKAH DAN BUSRA."


Hari ini, teknologi pengimejan Satelit telah mengesahkan bahawa jarak antara kedua-dua lokasi ini memang sama!


Begitu juga dengan hadis sahih dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi ? bersabda :


Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya, sesungguhnya jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti jarak antara Mekah dan Hajar (kini Bahrain), atau seperti jarak antara Mekah dan Busra (kini selatan Syria)."


Hadis Riwayat Muslim


Di sini, Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menyatakan ukuran antara dua daun pintu Syurga adalah bersamaan dengan dua jarak. Pertama, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Hajar. Kedua, bersamaan dengan jarak antara Mekah dan Busra


Di manakah terletak Hajar dan Busra? Hajar terletak di timur Semenanjung Tanah Arab, dan sekarang ia berada dalam negara Bahrain. Manakala Busra terletak di selatan negara Syria. Boleh buat carian di Google Maps 


Difahami daripada hadis ini, kedua-dua jarak tersebut (Mekah/Hajar dan Mekah/Busra) sudah tentu lebih kurang sama kerana Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah menjadikan kedua-duanya sebagai pengukur bagi jarak antara dua daun pintu Syurga


Sheikh Abdul Majid Zindani, Pengerusi Lembaga Mukjizat Saintifik Dalam Al-Quran dan As-Sunnah, semasa mengulaskan berkenaan perkara ini menegaskan bahawa jarak antara dua tempat yang jauh sukar untuk mendapat ukurannya yang tepat, melainkan jika ia diukur dari udara, kerana ia tidak terhalang oleh bentuk muka bumi yang tidak rata, jalan yang bengkang-bengkok. Di era Nabi sallallaahu alaihi wasallam untuk membuat pengukuran dari udara bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara ini sukar dilakukan sehingga muncul abad ke-20 apabila proses pemfotoan muka bumi dapat dibuat dengan terperinci


Berdasarkan pengukuran jarak dua tempat dari udara dan dalam garis lurus, ternyata antara Mekah dan Busra (selatan Syria) dan antara Mekah dan Hajar (sekarang di Bahrain) jaraknya adalah sama


Jaraknya 1,273 kilometer!


Subhanallah! Kecanggihan satelit pada hari ini telah mengakui kebenaran kata-kata yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu alaihi wasallam, bila mana baginda membicarakan tentang jarak antara pintu Syurga


Kebenaran Mukjizat Baginda Rasullullah ? telah dibuktikan secara ilmiah melalui teknologi-teknologi zaman sekarang padahal ketika zaman baginda, tiada sebarang teknologi canggih pun digunakan.


Sungguh benar Firman Allah Swt: "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat." (An-Najam 3-5)